Wednesday 11 April 2012

Karipap Pusing Sulung



Assalamualaikum wbt..
kali ni saya nk share ke 'excited'tan yg melampau kerana telah berjaya buat karipap pusing sendiri..selalunya saya biasa buat karipap biasa je...
tk berani nak cuba versi pusing-pusing ni..rasa cam susah dan complicated.. tetiba di suatu petang yang bersejarah..terbuka  hati plak nak buat anjakan paradigma..terhasillah karipap pusing sulung..
walaupon rupanya tak seindah biasa...
resepi hasil kajian di lynn my resepi...Alhamdulillah menjadi..
saya buat separuh adunan..tetapi bila digoreng bahagian dalamnya x berapa garing...
mungkin sebab saya uli tak lama untuk adunan yg berminyak tu...ok semak resepi ye..kalo nk tengok step-by-step bergambo..sila lah ke  sini ye...
terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi!

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  2. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  3. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  4. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  5. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  6. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
  7. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ) kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  8. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  9. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  10. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu

6 comments:

  1. Salam kak, datang malam2 niii, kompem dah tido ni kan kan :D cutik kipap pusing akak seketul dulu esok mintak lagi :D kita mcm dah serik ajerr buat, sbb byk reject ehehehe... tp kalau masa makan dah hilang penat sbb sedap :D

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum ummi..

    Wah cantik jadinya karipap pusar dia..suka karipap ni tp malas nk buat kulit tu...

    ReplyDelete
  3. waaaaa...clap! clap!..heeee karipap yer..nk gentel yang biasa tu ai tk pass lagi...cemana nk buat tu..hukhuk..

    ReplyDelete
  4. assalam Ummi
    ok tu cantik, akak nk 3 ketul he he akak memang suker karipap pusing ni suka lapisan2 dia tu he he tp en suami x minat kalu wat karipap dia lebih suka yg biasa je
    leceh kan nak gelek2 ni

    ReplyDelete
  5. Salam... baru tengok gambar aje dah kecur ni.. macam mana ni? nak separuh aje boleh? hehehe

    ReplyDelete
  6. Bukn nk tepuk tangn aje, rasa nk tepuk jek blelakang tuan rumah nih sbb berjaya buat karipap pusing ni. Aku tak buat lagi pun dah boleh cop fail dengan karipap nih. Study cara pun tak pas. Camner nih. Ikiki... Apa pun mmg lawoo aa karipap tu. Haishh

    ReplyDelete