Saturday 7 April 2012

Peanut Butter Roll



Assalamualaikum...
selamat berhujung minggu yea kawan-kawan..ni tayangan menu rajin minggu lepas..minggu ni nk duduk diam-diam dalam bilik nak tidooo..selepas seminggu yg hectic.
Kek ni sesuai bagi peminat peanut butter seperti saya..gabungan kek span vanilla dan penut butter ditambah kerangupan kacang menjadikan kek ni unik...sy buat separuh dr sukatan..resepi dr buku Cake Talk (Wendy Kor )
Peanut Butter Roll
A 150 gm putih telur (4 bj)
   1/4 sdt cream of tartar
  80 gm gula kastor

B  50 gm gula kastor
    1/4 sdt garam

C  50 gm tepung halus
    1/4 sdt baking powder
    1 sdb susu tepung

D  40 ml minyak
    75 gm kuning telur (4 bj)
   1 sdt esen vanila
   30 ml air
250 gm peanut butter
150 gm kacang tanah yg dipanggang dan dicincang

Ayak bahan C dan campur bahan B.
Masukkan bahan D dan kacau hingga berkrim. Ketepikan dahulu.
Pukul bahan A hingga naik dan kembang.
Campurkan bahan A ke dalam bancuhan kek dan kacau hingga sebati
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang 4 segi  bersaiz 14 inc yang dilapik dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 min.
Selepas kek sejuk.terbalikkan kek ats kerts minyak dan sapukan peanut butter dan gulung dengan kemas.
Sapu nipis peanut butter di bahagian luar dn salutkan dengan kacang.

Announcement: resepi tiramisu n3 sebelum ni ada correction sikit..jumlah gula tu ada typo..sori yea.

7 comments:

  1. Oooo nak tidor yer.. Kita amik sepotong peanut butter roll dia..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak, angkat kaki niiiii :D kita peminat peanut butter, nmpk sedapppp sgt PB Roll tu, kita nk sepotong sambil jalan2 ni sambil skodeng dapo org :D

    ReplyDelete
  3. Kak Ummiaisyah masih ada kah..? melly nak breakfast di sana lah.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ummiaisyah, masa gulung tu kek tak pecah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.idak le plak pecah..kena gulung bila dh sejuk..

      Delete